L & DRingkasan: Modul pengukuhan kompetensi bagi pemimpin dewasa melalui kitaran hayat Adults in Scouting (AiS).

Fokus Utama: Teknik fasilitasi, pementoran (coaching), pengucapan awam, serta laluan kursus kepemimpinan Manikayu (1 hingga 4 manik).

Objektif: Meningkatkan kualiti instruksional pemimpin dan jurulatih dalam menyampaikan latihan yang berkualiti tinggi.

Kursus ini memperkenalkan kitaran hayat pengurusan Sumber Dewasa dalam kepengakapan yang meliputi perancangan, pengambilan dan pelantikan, induksi, pembangunan kompetensi, pengekalan dan kesejahteraan, penilaian prestasi, peralihan peranan, serta penamatan perkhidmatan. Peserta akan memahami bagaimana proses ini dilaksanakan secara sistematik agar penyampaian program belia kekal berkualiti, selamat, patuh dasar organisasi, dan mampan. Kursus menekankan amalan tadbir urus yang baik, dokumentasi, pengurusan risiko, serta budaya pembelajaran berterusan bagi pemimpin dewasa.

Sasaran Peserta

  1. Pemimpin Dewasa Pengakap (semua peringkat).

  2. Jurulatih dan fasilitator latihan.

  3. Pegawai atau sekretariat yang mengurus rekod, pelantikan, dan pembangunan Sumber Dewasa.

  4. Ahli jawatankuasa latihan, sumber dewasa, dan tadbir urus.

Skill Level: Beginner

KMK Pengenalan memperkenalkan asas Pergerakan Pengakap untuk pemimpin, merangkumi:

  1. Tujuan dan Dasar Kepengakapan serta Visi & Misi WOSM dan PPM;
  2. Penghayatan Persetiaan dan Undang-undang Pengakap;
  3. Kefahaman Dasar Keagamaan dalam program Pengakap;
  4. Pengurusan Rekod dan Dokumen Kumpulan;
  5. Pengenalan Skim Latihan Manikayu;
  6. Sejarah Kepengakapan;
  7. Panduan Pakaian Seragam Pengakap; serta
  8. Pengenalan Safe from Harm (Selamat daripada Bahaya) untuk mewujudkan persekitaran Pengakap yang selamat.
Skill Level: Beginner

KMK Peringkat 1 menyediakan asas kepada pemimpin Pengakap untuk memahami kepimpinan pasukan, Kaedah Pengakap, struktur organisasi PPM serta kemahiran teras bagi melaksanakan program yang berkesan dan selamat. Kursus merangkumi 8 sidang:

  1. Anda dan Kumpulan Anda (SPICES & nilai kepengakapan).
  2. Peranan dan Tanggungjawab Pemimpin.
  3. Kaedah Pengakap (The Scout Method).
  4. Struktur Organisasi Kumpulan–Daerah–Negeri–Negara.
  5. Pergerakan Pengakap Sedunia (WOSM/APR).
  6. Komunikasi Efektif.
  7. Pengurusan Risiko 1.
  8. Teori Malam Pengakap.

Di akhir setiap sidang, peserta akan menjawab kuiz bagi menilai pemahaman setiap sesi pembelajaran.

Skill Level: Beginner